"Pasang Blog Dot Com Anda Sendiri Dengan Mengikuti Panduan Langkah Demi Langkah Yang Mudah Difahami. Anda Sebenarnya Mampu Melakukannya Sendiri Tanpa Perlu Mengikuti Kursus Yang Mahal!"


Panduan Pembelian Domain dan Hosting

- Panduan untuk memulakan web sendiri -

 

Panduan ini adalah untuk membeli NAMA DOMAIN bersama dengan HOSTING di JomHosting.Net. Sebelum anda bermula, pastikan anda mempunyai modal sebanyak RM85.00 untuk membuat pembelian nama domain dan Hosting ini. RM85.00 ini adalah untuk:

1. RM50.00 untuk Pakej Hosting
2. RM35.00 untuk Nama Domain

Klik pada link di bawah untuk ke laman web JomHosting.Net.

Klik di sini untuk ke laman web JomHosting.Net

Kemudian, ikuti langkah demi langkah cara pembelian yang ditunjukkan di laman panduan ini:

Langkah 1: Pilih Pakej Hosting

Setelah anda memasuki laman web JomHosting.Net, klik pada menu WEB HOSTING:

Kemudian, akan dipaparkan pakej-pakej hosting yang ada:


Saya galakkan anda membeli Hosting Pakej Web 1GB:

Apakah kelebihan Pakej Web 1GB?

1. Ruangnya bersaiz 1GB (1000MB). Sudah memadai untuk peringkat permulaan.

2. Spesifikasinya yang Unlimited seperti Add On Domain (boleh letak banyak nama domain).

3. Server Malaysia: Server di sini lebih baik dan memuaskan dari segi pengurusan.

Namun, terserah kepada anda untuk memilih pakej mana, berdasarkan kepada modal yang ada.

Baik, sekarang klik pada Order Now pada bahagian lajur Pakej Web 1GB tersebut.
 

Langkah 2: Menentukan Nama Domain

Anda akan dipaparkan dengan bahagian berikut:

Pilih (tick) I want JomHosting.NET to register a new domain for me:

Kemudian, masukkan nama domain yang anda mahu daftarkan. Pastikan pilih .com. Contoh:

Sebagai contohnya, saya taip nama smartusaha dan kemudian saya pilih .com.

Sekarang, klik pada button Click to Continue:

Jika nama domain yang anda masukkan tadi sudah didaftarkan oleh orang lain, maka anda perlu memasukkan nama domain yang lain. Berikut adalah contoh nama domain yang dipilih tidak boleh didaftarkan (Unavailable):

Teruskan dengan memasukkan nama domain lain sehingga paparan menyatakan nama domain itu boleh didaftarkan (Available!):

Apabila nama pilihan itu boleh didaftarkan (Available!), lakukan langkah yang berikut untuk meneruskan proses pembelian. 

Tick pada bahagian Available! Order Now dan kemudian klik button Click to Continue:

 

 

 

 

 

 

 

 

Anda akan dibawa ke bahagian berikut:

Abaikan tawaran-tawaran di bawahnya. Scroll down bahagian itu sehingga terlihat button Update Cart.

Sekarang, klik pada Update Cart:


Langkah 3: Jumlah Bayaran

Setelah melakukan beberapa langkah tadi, anda akan dibawa ke paparan seperti berikut:

Jumlah bayaran = RM85.00

PENTING! Kadang-kadang, syarikat Hosting termasuk JomHosting.Net akan melakukan promosi atau perubahan harga. Untuk melihat jumlah yang perlu dibayar sekarang, lihat pada bahagian Total Due Today. Manakala pada bahagian Total Recurring adalah bayaran yang akan dikenakan pada tahun hadapan (setelah akaun hosting cukup tempoh setahun).

Lihat contoh berikut:

Atau untuk tidak memeningkan kepala, rujuk emel yang dihantar selepas proses pembelian selesai. Pihak syarikat akan menyatakan jumlah bayaran di dalam emel tersebut. Atau anda boleh merujuk di bahagian akaun (Client Area).

Jadi, jika jumlah bayaran yang perlu dibayar itu berbeza dengan jumlah bayaran di dalam panduan ini, iaitu RM85.00, anda hanya perlu membayar jumlah yang dinyatakan pada bahagian Total Due Today tersebut. Harap maklum.

Baik, sekarang klik button Checkout pada bahagian tersebut:

Kemudian, isi borang pendaftaran yang dipaparkan:

Pada bahagian ini, biarkan sahaja:

Kemudian, pilih cara bayaran yang anda mahukan. Jika mahu bayar melalui bank, pilih Bank Transfer:

JomHosting.NET mempunyai akaun di beberapa buah bank tempatan untuk menerima bayaran daripada anda. Senarai akaun bank mereka akan dihantar melalui emel atau hubungi mereka untuk sebarang pertanyaan.

Jika mempunyai kad kredit, kad debit atau akaun PayPal, anda boleh melakukan bayaran dengan memilih pembayaran melalui Paypal.

Pada bahagian ini, abaikan:

Akhir sekali, tick pada bahagian I have read and agree to the Terms of Service. Kemudian klik pada button Complete Order:


Langkah 4: Pembayaran Kepada JomHosting.Net

Anda akan menerima emel daripada pihak JomHosting.NET secara automatik yang mengandungi invois iaitu jumlah bayaran yang perlu anda lakukan. Jika anda mengikut langkah di dalam panduan ini, jumlah yang perlu anda bayar adalah RM85.00.

Jumlah Bayaran : RM85.00

(Seperti dinyatakan, lihat pada jumlah yang perlu dibayar. Mungkin jumlahnya bukan RM85.00)

Nota: Jumlah bayaran ini adalah untuk setahun. Apabila sudah cukup setahun, anda perlu membayar jumlah yang sama lagi kepada pihak JomHosting.NET.

Sila rujuk emel yang bertajuk "Customer Invoice" yang dihantar oleh JomHosting.NET. Ia mengandungi maklumat akaun bank JomHosting.NET. Anda juga boleh merujuk di bahagian akaun (Client Area).

Lakukan bayaran dengan menggunakan Bank Transfer sama ada secara Online atau membayar di kaunter bank atau melalui mesin deposit bank. Atau anda juga boleh menggunakan online payment PayPal.

Setelah membuat bayaran ke mana-mana akaun bank pihak JomHosting.NET, hantarkan satu emel kepada mereka dengan tajuk "bukti pembayaran untuk [nyatakan nama domain anda]" dan mengandungi maklumat bukti bayaran. Contohnya seperti berikut:

Nota Tambahan:

  • Nama domain pada tajuk emel adalah mewakili nama akaun hosting anda.

  • Jika anda menggunakan Online banking, sila 'copy & paste' transaksi bayaran ke dalam emel bukti pembayaran tersebut.

  • Jika anda membayar melalui kaunter bank atau mesin deposit, nyatakan masa dan tarikh pembayaran dilakukan bersama dengan jumlah bayaran.

  • Jika anda membayar menggunakan PayPal, anda tidak perlu menghantar emel kepada mereka. Pihak Paypal akan menghantar makluman kepada pihak JomHosting.NET secara automatik.

Langkah 5: SELESAI

Tahniah, proses pembelian nama domain dan juga Hosting telah selesai.

Sila tunggu sekurang-kurangnya 24 hingga 48 jam untuk mereka memproses pembelian anda. Biasanya tidak sampai satu jam akaun anda sudah siap diproses. Mereka akan menghantar emel kepada anda sebaik sahaja domain name dan Hosting yang anda order telah siap diproses.

 

www.JomHosting.net